Pages

Wednesday 16 May 2012

Gambar-Gambar Inovasi

Home use Fetal Heart Monitor
Alatan ini direka khusus untuk para ibu memantau bunyi denyutan jantung bayi dalam kandungan mereka dirumah.Alat ini didapati dalam 2 bentuk berasingan.Mudah digunakan.Kiraan denyutan jantung bayi boleh dilihat di skrin LCD alat ini. disamping tu juga para ibu dapat mendengar sendiri denyutan jantung bayi mereka menggunakan headphone yang disambung pada alat ini.Alat ini juga boleh mengeluarkan pelbagai muzik.

Aromatabs-Aromatherapi
Aromatabs direka untuk membantu pesakit yang mengalami perasaan takut dan risau semasa menjalani rawatan radiasi onkologi.Aromatabs  dapat memberi keselesaan dan rasa rileks kepada pemakainya.Aromatabs akan dilekatkan ke baju pesakit untuk memberi lebih kesan impak aromatherapinya.


 Bella Blankets Protective Coverlets For Mammography

Bella Blankets direka khas sebagai pelapik kepada mesin mammogram.Diakui pemakaiannya memberi lebih keselesaan kepada pesakit yang menjalani ujian mamogram.Pesakit tidak lagi berasa sejuk dan risiko jangkitan kuman dapat dikurangkan.Pelapik ini akan digunakan secara "single use".




AccuVein 300

Salah satu inovasi yang penting untuk kakitangan kesihatan dalam proses mengesan salur darah  yang sukar dicari. selain mencepatkan masa.pesakit tidak perlu menahan sakit berulangkali disebabkan kesukaran untuk mencari salur darah yang sesuai.


Blood pressure and blood glucose- 2 units in one

bacaan tekanan darah
Alat ini beroperasi secara automatik dan perlu dipakai di pergelangan tangan.Saiz biasanya 13.5-22cm
bacaan paras glukos dalam darah
Alat ini mudah dikendalikankan.memerlukan kuantiti darah yang sedikit untuk membaca paras glukos dalam darah.Bacaan hanya mengambil masa 6 saat.Skrin bacaan yang mudah dibaca dan mampu menyimpan rekod
setiap bacaan.


Hip Abduction Pillows
Memberi lebih keselesaan dan memudahkan jagarawatan selepas menjalani pembedahan sendi pinggul
terdapat dalam pelbagai saiz dan harga.

Phase 4 gel Splint
Digunakan oleh pesakit yang menjalani pembedahan dibahagian lengan.Direka untuk memberikan lebih keselesaan dan melindungi kulit daripda sebarang kecederaan.Memudahkan pengerakkan tangan dari dalam dan luar.


INFRARED THERMOMETER 
Mudah dan selamat digunakan oleh sesiapa sahaja.hanya halakan kepada subjek dan tekan.Bacaan suhu akan dipaparkan di skrin LCD.Boleh digunakan dari jarak dekat dan jauh.


SootheAway's ankle relief pad

Digunakan untuk mengurangkan rasa sakit serta memberikan lebih keselesaan di bahagian kaki atau buku lali.Ia juga membantu mengurangkan kesan lebam dan bengkak disebabkan oleh kecederaan  ataupun pesakit yang baru menjalani pembedahan di bahagian kaki.



Pulse Oximeter
Boleh digunakan di rumah,hospital ataupun di pusat kesihatan.Dapat membaca paras oksigen dalam darah dan denyutan nadi dengan tepat dan mudah.Bersaiz kecil dan mudah dibawa ke mana sahaja.

0 comments:

Post a Comment