Pages

Sunday 13 May 2012

Kebaikan E-Pembelajaran Di kalangan Pelajar Separuh Masa Dan Jarak jauh.

Sistem pengajian tinggi di Malaysia dan di kebanyakan negara mengalami perubahan yang pesat, terutamanya bagi memenuhi tuntutan globalisasi terhadap peluasan akses pendidikan tertiari, keperluan untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran, kepelbagaian penyampaian perkhidmatan, perubahan dalam kaedah pembiayaan dan pelaburan dalam pengajian tinggi.  Perkembangan ICT meningkatkan mobiliti pelajar dan penyebaran maklumat secara meluas bagi membolehkan orang ramai membuat perbandingan
secara menyeluruh ke atas keberkesanan sesuatu program pengajian dan institusi pengajian tinggi yang berkualiti.
 Corak pengajaran dan pembelajaran juga turut berkembang daripada cara konvensional (kehadiran pelajar secara sepenuh masa) kepada kepelbagaian kaedah pembelajaran seperti pendidikan jarak jauh, pembelajaran separuh masa, pembelajaran melalui kemudahan elektronik, sistem kemasukan terbuka dan sebagainya.
Salah satu keadah pembelajaran yang di gunapakai oleh pelajar jarak jauh atau separuh adalah E-Pembelajaran.
Pembelajaran elektronik (e-pembelajaran) ialah salah satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang mengaplikasikan infostruktur ICT bagi penyebaran pengetahuan dan pelaksanaan pembelajaran kolaboratif (collaborative learning). E-pembelajaran boleh diaplikasikan dalam pelaksanaan kursus atau program secara jarak jauh dan juga untuk tujuan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran bersemuka (face-to-face teaching and learning.
a)      Antara kelebihan penggunaan e-pembelajaran adalah:
pelajar mempunyai masa pembelajaran yang lebih anjal untuk berinteraksi sesama mereka    atau dengan pensyarah.
b)      pelajar dapat menjimatkan masa dalam proses pengukuhan fakta perbincangan melalui carian maklumat di Internet tanpa perlu meninggalkan sesi perbincangan dalam talian.
c)      Pelajar jarak jauh  tidak perlu menghadiri kelas sepenuhnya.
d)     Pelajar juga dapat memuat turun nota-nota penting daripda pensyarah dengan mudah dan cepat dan menggurangkan penggunaan kertas.(paperless)
e)      Pelajar yang berkerja boleh mengikuti tutorial secara Online selepas waktu bekerja tanpa halangan  atau meninggalkan sesi kuliah yang sepatutunya

8 comments:

  1. Kemudahan teknologi mengikut peredaran era globalisasi kini, banyak memberi kebaikkan untuk siswazah dalam memperkembangkan minda mereka ke arah inovasi dan kreatif dengan sistem pembelajari sekarang.Dengan adanya sistem ini,pembelajaran akanmenjadi lebih efektif, berkesan dan menjimatkan masa untuk memperolehi sesuatu maklumat tidak kira kepada pelajar sepenuh masa atau separuh masa.

    ReplyDelete
  2. Di era globalisasi kemudahan IT telah memberi manafaat kepada semua orang terutama kepada pelajar separuh masa seperti kita.Dengan adanya sistem E-pembelajaran telah membolehkan kita mengakseskan maklumat di hujung jari sahaja.Ianya dapat menjimatkan masa dan dapat memberi pengetahuan yang lebih berkesan.

    MAZNAH BINTI IBRAHIM (A 134828)

    ReplyDelete
  3. sememangnya e pembelajaran memberi impak yang positif kepada semua golongan pelajar dalam menjalani pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan. Ia dapat menjimatkan masa dan tenaga. dengan ini masa dapat di manfaatkan dengan lebih berkesan.

    ReplyDelete
  4. Perkembangan ICT meningkatkan mobiliti pelajar dan penyebaran maklumat secara meluas bagi membolehkan orang ramai membuat perbandingan secara menyeluruh ke atas keberkesanan sesuatu program pengajian dan institusi pengajian tinggi yang berkualiti.

    ReplyDelete
  5. E-Pembelajaran banyak memberi kebaikan kepada pelajar separuh masa dan jarak jauh.Kaedah pembelajaran kini yang banyak menngunakan E-Pembelajaran dapat membantu pelajar separuh masa dan jarak jauh menjimatkan masa dan tenaga.

    ReplyDelete
  6. Teknologi yang serba canggih dan moden banyak membantu para mahasiswi dan mahasiswa dalam pembelajaran mereka.Menjimatkan masa dan memudahkan mereka.

    ReplyDelete
  7. E-Pembelajaran Di kalangan Pelajar Separuh Masa Dan Jarak jauh sangat bagus kerana Teknologi yang serba canggih dan moden banyak membantu para mahasiswi dan mahasiswa dalam pembelajaran mereka.Menjimatkan masa dan memudahkan mereka.

    ReplyDelete
  8. Saya bersetuju dengan kenyataan di atas, E- pembelajaran memberi banyak kemudahan dan kebaikan kepada pelajar

    ReplyDelete